Pages

Wednesday, May 26, 2010

8 Makanan Terbaik Mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W

Terdapat 8 jenis makanan Sunnah yang baik untuk kesihatan iaitu KISMIS, KURMA MADU, KURMA AJWAH, MADU, BUAH TIIN, MINYAK ZAITUN, ZA’FARAN, HABBATUS SAUDA’.

Jom.. Kita kupas setiap satu makanan sunnah ni daripada segi keunikannya dan khasiatnya yang dapat mencegah dan memuliharakan kesihatan tubuh kita.

KISMIS

KISMIS adalah satu “gula-gula” asli ciptaan Allah SWT. Ia adalah sejenis buah-buahan kering yang paling berkhasiat di dunia, Ia tidak mengandungi kolestrol atau lemak serta rendah kandungan garam. Ia membekalkan tubuh badan dengan banyak vitamin dan minerals yang penting seperti zat besi, potassium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6.
Kismis mengandungi 70% fruktosa(suatu bentuk gula ringkas yang asli) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera. Ianya sangat sesuai terutama bagi mereka yang menggunakan banyak tenaga untuk berfikir seperti guru dan pelajar


Buah KURMA
KURMA/ RUTOB Berdasarkan kajian Prof Madya Aslah Zain, pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universiti Putra Malaysia (UPM) menyatakan “Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah”. (Berita Harian, Selasa, 20 Februari, 2001).

Prof Madya Aslah juga berkata, buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.

Saidina Ali a.s. meriwayatkan “Barang siapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”. kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.

Kurma mampu membekal tenaga dengan pantas ke dalam tubuh mereka yang memakannya. Maka dengan itu Allah swt menyuruh Saidatina Maryam memakan buah kurma agar beliau mendapat bekalan tenaga untuk melahirkan Nabi Isa a.s. dan sentiasa bertenaga setelah melahirkan Nabi Isa a.s., kerana kehilangan tenaga dan darah yang banyak.


HABBATUS SAUDA
BUAH BUNGA NAGELLA SATIVA (HABBATUS SAUDA)Pada zaman sebelum sains dan ubat-ubatan kimia diperkenalkan, bagaimana kesihatan dan kecantikan manusia dapat dikekalkan pada setiap waktu

Manusia sebenarnya mengamalkan sumber-sumber semulajadi pokok-pokok, tanaman, biji-bijian dan buah-buahan.

Sejak kurun ketujuh sejenis buah bunga nagella sativa (habatussauda) telah terbukti mempunyai banyak khasiat dalam mengekalkan kesihatan manusia dan kecantikan penggunanya. Buah bunga nagella sativa (habbatussauda) ini ditanam di negara-negara Mediterranean dan diusahakan di India, Sri Lanka, Kamistan dan digunakan di Arab Saudi, Syria, Amerika Eropah Utara, Holand, Finland, Siberia, Iceland, Turki dan diamalkam oleh orang Mesir seajak 5000 tahun yang lalu.


BUAH TIIN

BUAH TIIN adalah buah yang paling istimewa dikalangan orang Islam kerana Allah SWT telah menggunakan Buah Tiion ketika bersumpah dan menamakan satu surah di dalam Al Quran dengan nama Al-Tiin. Ini kerana padanya terdapat sumber makanan, buahan dan nilai ubatan.

Dikenali sebagai Fucus carica dan dianggap sebagai salah satu sumber pemakanan yang tinggi debgan serat.

Nabi Muhammad SAW pernah menyatakan tentang buah tiin yang mempunyai nilai ubatan dengan Sabda Nabi “Makanlah kamu semua dan makanlah darinya (buah tiin) dan Sabda Nabi lagi, “Sekiranya aku katakan, sesungguhnya buah yang turun daru syurga maka aku kata “inilah buahnya” kerana buah syurga tiada keraguan, sesungguhnya ia boleh menyembuhkan penyakit buasir dan mendatangkan faedah bagi sendi-sendi.”

Kajian yang telah dijalankan membuktikan bahawa buah tiin benar-benar memberi kesan dan penawar kepada pemyakit buasir, bengkak-bengkak pada badan, melawaskan air kencing serta membantu mengatasi batuk yang berpanjangan.

Ulama Tafsir Fakharuddin Ar Razi dalam kupasannya mengenai Surah At-Tiin ini, menyatakan khasiat buah Tiin di antaranya mencuci hati, mengurangkan panas badan, membersihkan kahak, lelah, membersihkan buah pinggang, sendi2 dan juga buasir.


Khasiat Madu Lebah


Firman Allah s.w.t dalam Surah An-Nahl ayat 68-69: “Dan tuhanmu mengilhamkan kepada lebah. Buatlah sarang di gunung-gunung, di pohon-pohon kayu dan di tempat-tempat yang dibikin manusia. Makanlah dari segala (macam) buah-buahan lalu tempuhlah jalan tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia…”
Dari sudut saintifik, madu didapati mengandungi vitamin B1, B2, B3, vitamin C dan B6 (kandungan vitamin berubah mengikut kualiti madu bunga yang dihisap oleh lebah. Ia juga mengandungi mineral seperti tembaga, zink dalam jumlah yang kecil, magnesium, potassium, klorin, sulfur, zat besi dan phosphate. Ia juga kaya dengan anti-oksidan yang boleh mengelakkan daripada menghidap penyakit kanser.
Walau apa pun makanan tambahan yang kita ambil, yang utama untuk ditekankan ialah pergantungan kita untuk lebih sihat dan cergas adalah hanya kepada Allah s.w.t dan mendapat keberkatan kerana mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

bersambung dikeluaran akan datang..

No comments:

Post a Comment